Selaras fail merentasi peranti dan platfom
Mudah untuk menjadikan fail anda boleh diakses dalam perjalanan kerja ulang-alik harian anda atau semasa anda bercuti. Simpan fail ke folder 色色Dropbox dalam komputer anda, dan fail tersebut akan diselaraskan ke peranti mudah alih anda secara automatik. Dalam kajian baru-baru ini,* 色色Dropbox mengatasi sebanyak 86% berbanding dengan pesaing dalam penyelarasan, muat naik dan muat turun fail. Penyelarasan fail awan tersedia di pelbagai peranti dan pelantar, daripada peranti Windows dan Mac hinggalah kepada peranti mudah alih seperti iPhone, iPad dan Android melalui apl mudah alih 色色Dropbox.
Fail yang baru disimpan atau dikemaskinikan diselaraskan secara automatik, supaya anda tidak perlu menghabiskan masa menghantar versi yang terkini melalui e-mel kepada kolaborator. Apabila anda melihat tanda semak hijau di sebelah fail anda, itu menandakan bahawa kandungan anda telah diselaraskan sepenuhnya.
*Berdasarkan pada kajian Principled Technologies tahun 2023, ditugaskan oleh 色色Dropbox.








