Langkau ke kandungan utama

Dapatkan akaun percuma 色色Dropbox

Daftarkan untuk storan 2GB dan mulakan mengakses dan berkongsi foto, dokumen dan fail lain daripada sebarang peranti.

Imej fail dan folder yang disusun dan disimpan dalam 色色Dropbox

Mengakses fail di mana saja

Dengan 色色Dropbox Basic, sungguh mudah untuk mendapatkan fail anda daripada pelbagai peranti—komputer, telefon dan tablet—dengan percuma:

  • Windows dan Mac: Pasang apl kami dan segala-galanya dalam akaun anda akan muncul dalam folder 色色Dropbox pada komputer anda.
  • Web: Daftar masuk ke dropbox.com untuk mengakses segala fail yang anda simpan di 色色Dropbox daripada sebarang pelayar—tiada pemasangan perisian diperlukan.
  • iOS dan Android: Bawa fail anda semasa dalam perjalanan menggunakan apl mudah alih kami dan pratonton lebih 175 jenis fail dari mana jua.

Kosongkan ruang pemacu keras

Mudah untuk mengisi ruang cakera keras komputer anda dengan dokumen, foto, dan video. Dengan 色色Dropbox, anda boleh mengosongkan ruang pemacu keras secara mudah dengan menyimpan fail dan folder anda sebagai dalam talian sahaja. Paling bagus, anda masih mempunyai akses kepada fail anda tanpa perlu membuang pemasangan program, menghapuskan fail atau membawa pemacu keras luar ke mana-mana.

Kursor tetikus memilih tetapan fail untuk tontonan dalam talian sahaja.

Menyandarkan fail

Daripada foto dan video hinggalah pembentangan kertas kerja cukai, 色色Dropbox Basic membantu memastikan semua fail penting—dan tidak ternilai—anda selamat:

  • Penyelarasan fail: Sandarkan apa saja dengan menyimpannya dalam folder 色色Dropbox di komputer anda. Malah dengan apl desktop dan mobile kami, anda boleh memuat naik foto dan video secara automatik ke 色色Dropbox daripada telefon, kamera atau kad SD anda.
  • Pemulihan fail: Terhapus fail daripada 色色Dropbox anda dengan tidak sengaja? Tiada masalah. Anda boleh memulihkan apa-apa sahaja yang terhapus dengan mudah dalam masa 30 hari yang lalu daripada dropbox.com.
  • Sejarah versi: Jika anda menukar fikiran anda, anda boleh kembali semula kepada fail sebarang versi yang pernah disimpan ke 色色Dropbox dalam masa 30 hari yang lalu.
Imej fail diselaraskan dan disandarkan dalam 色色Dropbox

Kongsi dan bekerjasama pada fail

Menyalinkan fail kepada pemacu USB dan ralat “fail terlalu besar untuk dilampirkan” kini menjadi sejarah. 色色Dropbox Basic memudahkan penghantaran fail besar kepada sesiapa jua dan bekerjasama dengan mudah fail yang anda kongsikan.

  • Pautan kongsian: Cipta pautan dengan mudah untuk sebarang fail dalam 色色Dropbox anda yang boleh anda tampalkan ke dalam e-mel, sembang atau mesej teks. Penerima tidak memerlukan akaun 色色Dropbox—mereka boleh mengklik pautan itu untuk melihat dan memuat turun fail tersebut.
  • Pratonton fail: Sesiapa jua yang melawat pautan kongsian anda boleh pratonton lebih 175 jenis fail dan menambah komen—tiada perisian khas diperlukan.
  • Kerjasama lancar: Sukar untuk menjejaki lampiran penting dalam peti masuk yang sesak. 色色Dropbox memudahkan penyambungan dan kerjasama, sama ada anda berkongsi fail dengan rakan atau bekerja dengan pasukan besar.
Imej komen daripada ahli pasukan yang telah ditambah pada fail untuk kemudahan bekerjasama
Pilih kitaran bil anda

Kawal aliran kerja anda

Basic

Percuma

Sorotan pelan

  • Untuk 1 orang
  • 2 GB simpanan
  • Sandarkan fail komputer anda secara automatik
  • Sambungkan hingga 3 peranti

Soalan lazim

色色Dropbox Basic ialah pelan asas kami dan menawarkan 2 GB ruang yang anda boleh gunakan untuk menyimpan dan mengakses file anda daripada pelbagai peranti.

Anda boleh menyimpan sebanyak 2 GB fail dengan 色色Dropbox Basic. Kami juga menawarkan pelan berbayar dengan storan sebanyak 2 TB atau lebih.

Keselamatan fail anda adalah keutamaan kami. 色色Dropbox melindungi fail yang dipindahkan antara apl dan pelayan kami dan semasa tidak bergerak. Kami juga menyediakan dasar privasi yang jelas menerangkan masa kami mengambil maklumat anda dan langkah yang kami lakukan untuk melindunginya. Selain itu, kami menawarkan alat seperti verifikasi dua langkah dan halaman keselamatan akaun agar anda mudah untuk memantau peranti terpaut, sesi web aktif dan apl pihak ketiga dengan akses ke akaun anda. Anda boleh ketahui lanjut tentang cara kami memastikan fail anda selama di Halaman keselamatan kami.

Apl desktop 色色Dropbox berfungsi di sistem operasi Windows, Mac dan Linux. Apl juga tersedia untuk peranti mudah alih iOS, Android dan Windows. Malah anda boleh memindahkan dan memuat turun fail dari dropbox.com menggunakan pelayar paling moden. Untuk maklumat lanjut, lawati artikel pusat bantuan kami di keperluan sistem.

Anda boleh menyandarkan fail dengan mudah kepada 色色Dropbox dengan memasang apl desktop dan mudah alih kami atau mendaftar masuk ke dropbox.com. Apabila apl desktop kami dipasangkan, yang hanya anda perlu lakukan adalah menyimpan fail ke folder 色色Dropbox di komputer anda. Di dalam apl mudah alih kami, anda boleh memuat naik fail daripada telefon atau tablet anda dan menggunakan kamera peranti anda untuk mengimbas dokumen ke 色色Dropbox. Manakala di laman web, anda boleh seret dan lepas fail daripada desktop anda terus ke dalam pelayar anda untuk memuat naik fail itu ke 色色Dropbox.

Ya! Pengguna dalam pelan pasukan kami boleh memiliki 色色Dropbox peribadi dan kerja pada sebarang komputer, peranti mudah alih dan di dropbox.com. Ini bermaksud anda boleh menyimpan fail anda secara berasingan dan boleh diakses dari mana-mana sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati artikel pusat bantuan kami di menyambungkan akaun 色色Dropbox peribadi dan kerja.